Seorang penyanyi hip hop zaman 90-an telah ditangkap khalwat bersama seorang janda yang mempunyai dua anak di kondominium Langat Jaya, Cheras pada 3 Julai 2011, Ahad lepas.
Menurut sumber, pihak ahli jawatankuasa kondominium bersama pihak masjid Batu 9 telah menyerbu rumah yang dipercayai dimiliki oleh bekas suami janda tersebut pada waktu subuh, sekitar pukul 4 pagi.
Kata sumber lagi, serbuan tersebut berlangsung selama 2 jam, tamat sekitar pukul 6.15 pagi ekoran tidak mendapat kerjasama daripada tertuduh. Pihak jawatankuasa kondominium serta penduduk setempat terpaksa memecahkan pintu grill untuk menahan kedua-dua tertuduh.
Sumber menambah lagi, selepas tertuduh dijamin, mereka berdua kembali semula ke kondominium berkenaan seolah-olah tiada apa yang berlaku.
“Kami sebagai penduduk setempat berasa tercabar apabila penyanyi tersebut mengambil sikap endah tak endah, sedangkan serbuan telah dilakukan sebelum itu.
“Kami juga bercadang untuk melakukan serbuan kali kedua andai kata mereka berdua masih tidak insaf, “ kata sumber yang enggan dinamakan.
Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Abdul Rashid Abdul Wahab mengesahkan serbuan berlaku di kondominium Langat Jaya, Batu 9 Cheras, Ahad pagi lepas.
“Walau bagaimanapun, serbuan telah dibuat oleh imam kawasan kondominium berkenaan bersama beberapa penduduk setempat,” kata ACP Abdul Rashid Abdul Wahab kepada pihak media.
Abdul Rashid mengesahkan bahawa pihak polis hanya mengiringi serbuan sebagai bantuan untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.
Satu sumber daripada JAIS juga mengesahkan insiden serta nama penyanyi hip hop tersebut, namun kenyataan rasmi masih belum dikeluarkan ketika artikel ini diterbitkan.
Link to full article
Không có nhận xét nào:
Đăng nhận xét