Chủ Nhật, 3 tháng 7, 2011

(Gambar) Siti Nurhaliza & Anak Hari Pertama Training Askar Wataniah

Kami yakin Siti Nurhaliza mempunyai semangat yang membara untuk menjalani program latihan sebagai askar wataniah. Lihat sahaja gambar yang baru Tok Ti tweet sebentar tadi, bukan main segak bergaya dirinya sebagai wirawati.

Siti Nurhaliza turut ditemani oleh anak tirinya bersama Datuk Khalid ke pusat latihan ini. Sebagai seorang ikon negara, penglibatan Siti Nurhaliza dalam program sebegini rupa secara tidak langsung akan mempromosikan sifat patriotime di kalangan peminatnya.

Kami baca akhbar hari ini banyak memaparkan laporan mengenai perhimpunan Bersih. Pada kami, banyak lagi cara untuk memperjuangkan sesuatu ideologi, atau pun mempertahankan negara. Askar wataniah mungkin satu pilihan yang tepat. Pernah kau terfikir?

Kredit gambar: Twitter Siti Nurhaliza & Adib Khalid.

Siti Nurhaliza Askar WataniahSiti Nurhaliza Askar WataniahSiti Nurhaliza Askar Wataniah
Link to full article

Không có nhận xét nào:

Đăng nhận xét