Chủ Nhật, 3 tháng 7, 2011

(Video) Pernikahan Noh Hujan & Mizz Nina, Tahniah!

Penyanyi utama band Hujan, Noh Salleh selamat bergelar suami buat Mizz Nina atau nama sebenarnya Shazrina Tan Sri Azman Hashim pada tarikh keramat, 1 Julai 2011 di  Ukay Heights, Ampang.

Sekitar pukul 10 malam, Noh dengan sekali lafaz telah diijabkabulkan oleh bapa Mizz Nina, Tan Sri Azman Hashim. Pernikahan ini turut diiringi dengan mas kahwin sebanyak RM888.88 beserta hantaran sebanyak RM11111.11.

Kedua-dua pasangan ini merancang untuk menikmati bulan madu selama 2 minggu di bandar raya sekitar Eropah, iaitu London & Itali. Mereka kemudiannya akan menamatkan percutian di kepulauan Maldives.

Tahniah buat Noh & Mizz Nina. Kredit gambar & video : Facebook Hujan


Link to full article

Không có nhận xét nào:

Đăng nhận xét