Abang hensem Hazrey (say hi to him!) berjaya mendapatkan gambar eksklusif majlis perkahwinan Salih Yaacob & Emi yang berlangsung hari ini di Masjid Jamek Kampung Melayu Kulaijaya tepat jam 3.50 petang tadi.
Emi menerima hantaran sebanyak RM25,000 bersama sebentuk cincin dan mas kahwin RM23 daripada Salih Yaacob. Emi & Salih Yaacob diijabkabulkan oleh kadi Daerah Kulaijaya, Ustaz Haji Fahmi Samad. Dengan 2 kali lafaz, Salih Yaacob berjaya melengkapkan kuotanya yang keempat, sekaligus membuat ramai lelaki cemburu dengan kehebatannya.
Majlis resepsi berlangsung malam tadi, dan suasananya meriah bagaikan perkahwinan kali pertama. Menurut Hazrey, hanya 2 media sahaja yang hadir dalam majlis resepsi ini, iaitu daripada TV3 & Harian Metro. Walau bagaimanapun, mereka agak sukar mendapatkan tempat duduk kerana jemputan Salih Yaacob & Emi memenuhi dewan di sebuah hotel di Johor Bahru. Demi kerjaya, mereka tidak kisah berdiri, asalkan dapat memberikan laporan terkini mengenai majlis resepsi Salih Yaacob. Respek!
Enjoice gambar majlis pernikahan & resepsi Salih Yaacob & Emi. Eksklusif dibawa khas oleh Hazrey.
Link to full article
Không có nhận xét nào:
Đăng nhận xét