Thứ Năm, 26 tháng 5, 2011

Post Event : Hujan, Aizat Hiburkan Peminat Di Konsert TV9

Pada Jumaat lepas, persembahan 5 jam yang berlangsung dari jam 5.00 petang hingga 10.00 malam ini di Pavilion menampilkan 7 kumpulan indie dan ‘underground’ yang diterajui oleh Aizat dan kumpulan Hujan bagi sesi persembahan ini. Persembahan dimulakan dengan kumpulan AwanBand yang terkenal dengan lagu ‘Helah Maya’, diikuti dengan Gabba Gabba yang turut hit dengan lagu dalam drama Cita & Cinta TV9. Sesi ini diteruskan lagi dengan kumpulan Drama dan Grey Sky Morning yang sentiasa membawakan lagu berentak retro.

Kehebatan muzik kumpulan indie golongan remaja ini disambung pada sebelah malam dengan kumpulan Pesawat pada jam 8.00 malam dan kemuncak persembahan dari Aizat dan kumpulan Hujan. Setiap kumpulan dan juga Aizat akan menyanyikan 4 buah lagu dan diakhiri dengan persembahan hebat Hujan sebagai penutup tirai persembahan pada jam 10.00 malam.

Lebih menarik, pengunjung Pavilion yang hadir pada malam tersebut amat bertuah kerana dapat menyaksikan muzik video terbaru Hujan iaitu ‘Muda’ dan Aizat iaitu ‘Susun Silang Kata’ yang turut dilancarkan hari tersebut.

Noh Hujan_DSC1293AizatAwanbandDramaGabba GabbaGrey Sky MorningPesawat
Link to full article

Không có nhận xét nào:

Đăng nhận xét