Dalam satu kenyataan kepada Gua Malaysia, Liyana Jasmay berkata ,”Saya jarang baca suratkhabar, jadi saya tidak tahu mengenai status hubungan Fizz dengan Almy sekarang. Bila saya dapat tahu perkara ini, saya ada juga bertanyakan kepada Fizz sendiri adakah kak Almy akan marah. Saya harap orang faham kerana saya masih 23 tahun dan kami hanya berseronok saja, tak ada apa-apa hubungan.”
Biasalah budak-budak, semua benda pun nak berseronok sahaja. Sampaikan isu loving message (rujuk artikel Gurau Cinta Liyana Jasmay & Fizz Fairuz) bersama kekasih orang pun dianggap sekadar untuk berseronok. Mungkin, Liyana Jasmay tak sedar bahawa dia mempunyai kapasiti sebagai seorang selebriti yang mempunyai 65 382 followers, sudah tentu isu-isu seperti ini menjadi buat mulut orang ramai.
Dan pelik juga, apabila Liyana Jasmay tidak tahu mengenai status hubungan Almy Nadia & Fizz Fairuz yang kini sedang dilanda gosip hebat, putus cinta. Jarang baca surat khabar? Hairan, sebagai seorang yang boleh berseronok di Twitter, dia tidak mampu untuk membelek berita-berita terkini.
Dan yang paling jelik, Liyana Jasmay menggunakan alasan umur yang muda untuk bergurau senda. Haih, biar muda tapi jangan nampak dungu, boleh tak?
Di kala ini, kami makin respek pada Mia Sara. Masih kecil, tapi bijak membalas kenyataan.
Link to full article
Không có nhận xét nào:
Đăng nhận xét