Thứ Ba, 31 tháng 5, 2011

Siti Nurhaliza Nafi Beli Penthouse RM20 Juta

Timbulnya gosip seumpama ini untuk artis berprofil tinggi seperti Datuk Siti Nurhaliza bukanlah perkara yang janggal. Ceritanya, sebuah portal hiburan berkongsi cerita mengenai sebuah penthouse mewah yang berkedudukan di hadapan KLCC, mempunyai keluasan 7000 kaki persegi, kononnya dibeli oleh Siti Nurhaliza pada harga RM20 juta!

Menurut gosip tersebut, beberapa penghuni kondominium mewah berkenaan pernah terserempak dengan kelibat Datuk Siti Nurhaliza di dalam lif yang dipercayai tinggal di tingkat 40.

Dan, perkembangan gosip ini mendapat perhatian Siti Nurhaliza. Melalui laman Twitter, Siti Nurhaliza menafikan gosip tersebut dengan berkata, “Salam, alangkah nikmatnya namun itu gosip sahaja. Jangan terpedaya ya.”

Kenyataan balas Siti Nurhaliza mengenai gosip tersebut sekaligus menutup desas-desus pemilikan rumah mewah tersebut. Tetapi, pada kami, memang tak hairan pun kalau Siti Nurhaliza boleh memiliki rumah mewah tersebut. Iyalah, suaminya pun ahli perniagaan terkenal, kan?


Link to full article

Không có nhận xét nào:

Đăng nhận xét