Thứ Tư, 29 tháng 6, 2011

Amir AF9 Pernah Bertengkar Dengan Guru.

Kehidupan Amir AF9 (Twitter: @amirjahari) memang penuh dengan pancaroba, apatah lagi dia keseorangan di tanah semenanjung. Demi cintanya kepada bidang muzik & nyanyian, dia berkeras hati untuk membawa diri ke Kuala Lumpur & menyambung pelajaran di Aswara. Itulah serba sedikit pengenalan untuk individu bernama, Amir Jahari.

Penglibatannya dalam Akademi Fantasia 9 (AF9) tempoh hari memang ditakdirkan tuhan. Anak Serawak ini berkata, pada mulanya dia hanya menemani abang angkatnya ke ujibakat AF9. Masing-masing mencuba nasib, namun dia tidak menyangka dirinya terpilih untuk melangkah kaki sebagai pelajar AF9.

“AF9 merupakan pengalaman baru kerana ia seperti satu permainan yang ditonjolkan dalam rancangan realiti. Pertama kali, saya perlu berdrama, bermain dengan emosi penonton. Disitu juga saya tahu siapakah yang drama queen, & siapakah yang benar-benar jujur,” kata Amir berkongsikan cerita ‘dalam’ AF9.

Apabila ditanyakan kehidupannya ketika zaman sekolah, Amir mengakui bahawa dia pernah bertengkar dengan guru gara-gara tidak kesefahaman dengan sesuatu perkara.

“Saya mula belajar muzik bermula tingkatan 3, dan amat komited memasuki pertandingan peringkat sekolah. Ketika itu, saya memasuki pasukan koir & dilantik sebagai ketua. Nak dijadikan cerita, guru kebudayaan mengarahkan kami menyanyi koir tanpa sebarang layer-layer suara yang selalu kita lihat. Saya tak setuju sebab setahu saya koir ada harmoni, ada suara tinggi & rendah. Baru lebih mantap.

“Kami bertengkar. Dan saya agak terkilan kerana guru berkenaan berkata yang saya akan gagal SPM pada tahun tersebut,” kata Amir yang menyuarakan rasa kesal atas insiden tersebut.

“Selepas tamat sekolah, saya belajar busking & bermain di khayalak ramai. Ketika itu, baru saya sedar bahawa bidang nyanyian bukan untuk kepuasan diri sendiri, sebaliknya saya perlu memberikan kepuasan kepada penonton, ” jelas Amir lagi.

Perkembangan terbaru, Amir telah keluar daripada AESB & kini bergerak bersama krew Aizat Amdan, dibawah naungan Kasi Gegar Entertainment. Amir akan mengeluarkan single terbarunya berjudul Tanpamu.

OHBULAN! dah dengar lagunya, memang terbaik!


Link to full article

Không có nhận xét nào:

Đăng nhận xét