Thứ Tư, 29 tháng 6, 2011

(Gambar) Fazura & Neelofa Bertudung Dalam Drama Tahajjud Cinta & Kitab Cinta

Selepas Kitab Cinta, Tahajjud Cinta, sebuah lagi drama wajib tonton yang bakal membuatkan anda mengalirkan air mata dengan perjuangan mereka mengenai isu-isu agama. Drama yang diarahkan oleh pengarah terkenal, Erma Fatima bakal ke udara pada 8 Julai 2011, setiap hari Jumaat, jam 9.00 malam, di TV3.

Ada cerita panas mengenai kedua-dua artis ini. Menurut Gua Malaysia, terdapatnya khabar angin kononnya kedua-dua selebriti ini bergaduh gara-gara VVIP. Namun, khabar angin tersebut telah disangkalkan oleh Neelofa.

“Saya tak boleh nak bagi penjelasan banyak tentang isu ini. Saya tidak ada masalah dengan Fazura atau sesiapapun. Orang hanya mengada-adakan cerita tersebut kerana perkara itu tak jadi pun.

“Kami ada bertemu di set beberapa kali, namun kami tidak ada babak yang sama. Kami berdua hanya buat hal masing-masing. Memang tak ada pergaduhan berlaku dan memang tidak jadi langsung benda itu. Sudah tentu saya tidak akan biarkan perkara tersebut berlaku dan saya pasti Fazura juga begitu. Bagi saya, dia seorang yang profesional,” jelas Neelofa.

Penjelasan tersebut sudah cukup untuk menutup cerita-cerita kurang enak mengenai mereka berdua. Apa pun, enjoice gambar Neelofa & Fazura bertudung dalam drama Tahajjud Cinta & Kitab Cinta.

Fazura & Neelofa BertudungFazura & Neelofa BertudungFazura & Neelofa BertudungFazura & Neelofa BertudungFazura & Neelofa BertudungFazura & Neelofa BertudungFazura & Neelofa BertudungFazura & Neelofa BertudungFazura & Neelofa BertudungFazura & Neelofa BertudungFazura & Neelofa BertudungNeelofa & Fazura Bertudung
Link to full article

Không có nhận xét nào:

Đăng nhận xét