Tempoh 14 hari diberikan oleh Wardina Saffiyah kepada blogger terbabit untuk menarik semula artikel yang memaparkan gambar Wardina bersama sebuah parti politik, Parti Keadilan Rakyat.
Paling menjengkelkan, blogger terbabit disyaki mencemarkan reputasi Wardina dengan memaparkan gambar Wardina yang tidak bertudung, walhal pelakon juga hos rancangan ini sudah lama berubah.
OHBULAN! juga merasakan tindakan blogger berkenaan yang membangkitkan isu-isu sensitif sebagai tidak beretika, menjatuhkan maruah orang yang tidak bersalah.
Menurut Wardina, pada 26 Jun lalu dia hadir ke acara Program Karnival Mesra Rakyat atas tujuan untuk memberikan ceramah berkenaan dengan keibubapaan. Namun, dia tidak mengetahui bahawa acara tersebut dianjurkan oleh Parti Keadilan Rakyat.
Wardina hanya sempat memberi ceramah selama 10 minit dan dia tidak menyangka kejadian tersebut telah dimanipulasikan oleh pihak-pihak terbabit.
Menurut Wardina, dia terkejut apabila ada pihak yang mengaitkan dirinya sebagai sebagai penyokong perhimpunan haram Bersih selain cenderung sebagai ahli parti pembangkang.
Buat masa ini, Wardina berhasrat untuk merehatkan dirinya sebagai hos selama 2 bulan sehingga segalanya reda.
OHBULAN! pun setuju dengan tindakan Wardina dan kami amat kecewa dengan tindakan individu terbabit yang dilihat menjatuhkan imej blogger yang selama ini menjaga etika.
Link to full article
Không có nhận xét nào:
Đăng nhận xét