Thứ Năm, 30 tháng 6, 2011

(Gambar) Fazura & Fauziah Gous Bertudung Dalam Tahajjud Cinta.

Selebriti popular seperti Fazura & Fauziah Gous tampil bertudung litup ketika sesi beramah mesra bersama pelakon Tahajjud Cinta yang berlangsung di Sri Pentas, semalam. Sejuk mata kami memandang keayuan kedua-dua pelakon ini, bagaikan gadis melayu terakhir.

Tahajjud Cinta mengisahkan pengorbanan dua orang wanita, Citra Maisara (Fazura) dan Seri (Fouziah Gous) dalam memperjuangkan kebenaran, hak asasi dan reputasi kaum hawa. Berasal dari dua latar belakang yang berbeza, Citra merupakan anak perempuan kepada pasangan suami isteri yang merupakan peneraju sebuah syarikat gergasi.

Selama 5 tahun belajar di luar negara, ibu bapa Citra sama sekali tidak mengetahui bahawa anaknya yang dihantar ke London untuk mengikuti kursus Perundangan Sivil telah berhijrah secara rahsia ke Jordan untuk mendalami jurusan Perundangan Syariah. Di situ, Citra bertemu semula dengan kawan karibnya, Seri yang berkongsi cita-cita yang sama.

Kredit gambar : TV3

Fauziah Gous Tahajjud CintaFazura Tahajjud CintaFazura Tahajjud CintaFazura Tahajjud CintaTahajjud CintaTahajjud CintaNeelofa Tahajjud CintaNeelofa Tahajjud CintaShahz Jaszle Tahajjud CintaDira Tahajjud CintaDira Tahajjud CintaTahajjud CintaTahajjud CintaTahajjud CintaTahajjud CintaFazura Bertudung Tahajjud Cinta
Link to full article

Không có nhận xét nào:

Đăng nhận xét