Penyanyi Indonesia, Afghan yang terkenal dengan lagu Terima Kasih Cinta sebelum ini tidak pernah dilanda apa-apa kontroversi. Namun, hari ini Afghan telah dituduh oleh pihak label Wanna B Production kerana mengingkari kontrak kerja yang diikat semenjak tahun 2007.
Afghan dikatakan bagai kacang melupakan kulit ekoran daripada tindakannya yang mengikat kontrak bersama label Trinity, sedangkan kontraknya bersama Wanna B Production masih belum tamat.
Sebelum itu, pihak Wanna B Production cuba menyelesaikan masalah ini secara tertutup, namun tindakan itu dilihat tidak mendatangkan sebarang penyelesaian. Ekoran daripada itu, pihak label merujuk kes ini kepada pihak berkuasa sebagai langkah penyelesaian.
Link to full article
Không có nhận xét nào:
Đăng nhận xét