Thứ Tư, 22 tháng 6, 2011

Edisi Julai : Natasha Hudson Covergirl Cosmopolitan, Nurul Huda Di InTrend.

Melihat Natasha Hudson sebagai covergirl di majalah Cosmopolitan edisi Julai, hati kami tertawan dengan rona warna gaun singkat milik pelakon Bait Cinta ini, awesome & delicious. Edisi terbaru ini memaparkan cerita Natasha Hudson yang masih belum serik mencari cinta. Sebelum ini, dia pernah digosipkan mempunyai hubungan cinta bersama Zizan Raja Lawak. Namun, apa kesudahannya, kami pun tak tahu.

Secara peribadi, Natasha Hudson merupakan selebriti yang rajin serta kerap melayan peminatnya di laman Twitter. Perkara peribadi atau kerja banyak diluahkan di laman tersebut, secara tidak langsung mendekatkan hubungannya bersama peminat. Kalau kau ingin berkenalan dengan Natasha Hudson, halakan kursor ke @natasha_hudson. Untung nasib, boleh praktikan ilmu ‘aksi nakal malam seksi’.

Seorang ibu & anak kepada penyanyi rock legend Amy Search, Nabila Huda menghiasi muka depan majalah InTrend. Juga selebriti yang rajin melemparkan status di twitter, iaitu @abilsuhaimi. Rasa agak janggal pula apabila Nabila mengenakan lipstik warna pink bersama set baju hijau. Seperti ada yang tak kena, atau mungkin mata kami kero.


Link to full article

Không có nhận xét nào:

Đăng nhận xét