Mstar hari ini melaporkan berita susulan daripada kontroversi video klip Marilah – Prema Yin arahan Gambit Saifullah. Presiden Seniman, Harun Salim Bachik menegur tindakan Gambit menghasilkan video klip yang dianggap tidak bermoral selain berpotensi mencemarkan imej negara jika dipromosikan ke luar negara.
Selain itu, Seniman turut menegur Gambit supaya bertanggungjawab dengan hasil karyanya & tidak membandingkan video klip tersebut dengan filem-filem yang lain. Menurut Harun Salim Bachik, “apa yang dipaparkan di dalam drama dan filem mempunyai mesej tertentu yang lebih jelas berbanding klip video kerana ia mempunyai masa yang singkat selain boleh memberi macam-macam tafsiran.”
Gambit sebelum ini menggunakan alasan bahawa video klip tersebut dibuat untuk pasaran Amerika Syarikat. Dalam kenyataan Harun, dia berkata seharusnya Gambit memaparkan budaya-budaya negara yang diketahui oleh rakyat asing dan bukannya menonjolkan perkara yang boleh mencemar nama baik negara.
“Banyak lagi unsur lain yang boleh diterapkan untuk menyampaikan kasih sayang dan cinta dalam sesebuah karya,” tambah Harun lagi.
Link to full article
Không có nhận xét nào:
Đăng nhận xét