Beberapa portal hiburan melaporkan bahawa Marsha Londoh sebenarnya sudah berkahwin Ahad lalu di FRIM, Kepong. Bukan itu sahaja, sekeping gambar bintang AF3 ini memakai gaun putih paras lutut bersama seorang lelaki bersut hitam turut tersebar, mungkin untuk menguatkan dakwaan tersebut.
Andai kata benar Marsha sudah berkahwin, apa motif nak sorok wajah lelaki tersebut? Kebiasaannya, selebriti-selebriti lain tidak segan atau lokek nak berkongsi gambar perkahwinan bersama media, namun berlainan dengan kes Marsha. Kata Marsha, semuanya akan dijelaskan kepada pihak media pada 26 Jun ini.
OHBULAN! ada beberapa teori yang berlainan dengan cerita Marsha ini:
- Marsha sebenarnya tidak berkahwin, ini strategi nak promosikan album terbarunya. Teknik viral marketing & seumpamanya.
- Sudah lama berkahwin, cuma terkantoi dengan pihak media. Lantas, nak coverline.
- Marsha masih bujang, cuma teringin nak main pondok-pondok.
- Calon lelaki minggu ini tak cukup hensem, kena tunggu sampai 26hb nak touch up muka.
Ini sekadar teori, jangan kau ambil serius pula.
UPDATE : Versi sekali terkantoi gambar behind the scene pula. Kami mempunyai confidence level 95% mengatakan ini sekadar rakaman video klip untuk single terbaru Marsha.
UPDATE: MStar sahkan bahawa cerita perkahwinan Marsha hanyalah gimik semata-mata. See, I told u dy, aite?
Link to full article
Không có nhận xét nào:
Đăng nhận xét