Thứ Sáu, 24 tháng 6, 2011

Langkah-Langkah Menggalakkan Pembinaan Rumah Di Bawah Konsep “Bina Dan Jual” Di Negeri- Negeri Pakatan

Ramai rakyat Malaysia yang kini tidak lagi berkemampuan membeli rumah yang sesuai terutamanya bagi mereka yang tinggal di Lembah Klang, Pulau Pinang dan Johor Bahru. Harga rumah terus meningkat secara berterusan sedangkan purata kenaikan gaji rakyat Malaysia adalah lebih rendah sehingga menyukarkan rakyat Malaysia memiliki sebuah kediaman yang sesuai dengan keperluan mereka.

Bagi mereka yang berjaya membeli rumah pertama, mereka terpaksa berdepan pula dengan risiko hutang yang berpanjangan apabila projek rumah yang dibeli akhirnya terbengkalai. Keadaan ini memburukkan lagi nasib pembeli dari golongan berpendapatan rendah kerana mereka terpaksa membayar pinjaman rumah sementara masih menyewa. Ramai dari mereka akhirnya tidak mampu meneruskan bayaran pinjaman rumah dan disenaraihitamkan dari mendapat pinjaman di masa hadapan. Bagi mereka ini, memiliki rumah yang sesuai menjadi satu kemustahilan.

Statistik terkini dari Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan menunjukkan bahawa sehingga 31 Disember 2009, terdapat 115,788 unit rumah yang tidak siap melibatkan 492 projek di seluruh negara.Walaupun ada beberapa langkah di peringkat persekutuan dan negeri untuk memulihkan projek-projek ini, ia tidak dapat menyelesaikan masalah projek perumahan terbengkalai kerana struktur industri perumahan tidak banyak berubah.

Pakatan Rakyat percaya campur tangan yang berterusan diperlukan untuk memulihkan projek-projek perumahan terbengkalai yang sedia ada. Namun, beberapa langkah proaktif juga diperlukan untuk melindungi rakyat dari risiko keberhutangan akibat rumah terbengkalai; apatah lagi dalam suasana harga barang naik dan gaji rendah yang semakin menekan rakyat.

Beberapa langkah boleh dilaksanakan di peringkat negeri termasuklah kemudahan untuk mendapatkan kelulusan perancangan dari pihak berkuasa tempatan dengan cepat bagi projek-projek yang dibina di bawah konsep ini. Anak-anak syarikat yang terlibat dalam industri perumahan juga boleh diminta melaksanakan projek di bawah konsep ini mengikut sasaran yang ditetapkan kerajaan negeri.

Isu ini akan dibawa ke dalam mesyuarat pimpinan Pakatan Rakyat akan datang untuk mencari konsensus  bahawa negeri-negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat akan menggalakkan pembinaan rumah di bawah konsep “bina dan jual” secara berperingkat, agar industri perumahan dapat membiasakan diri untuk melaksanakan konsep ini sepenuhnya dalam masa terdekat.

Pakatan Rakyat mengakui bahawa masih terdapat beberapa isu pokok yang perlu diselesaikan sebelum konsep “bina dan jual” ini boleh dilaksanakan sepenuhnya. Keperluan mendesak melindungi hak pembeli mesti diseimbangkan dengan langkah-langkah memastikan harga rumah tidak naik mendadak atas alasan kos pembiayaan projek yang lebih tinggi di bawah konsep ini. Pelaksanaan konsep ini juga perlu mengambil kira keperluan nasional untuk menjamin keterlibatan pemaju-pemaju yang lebih kecil; dengan memastikan mereka juga diberi ruang untuk mendapatkan kemudahan pembiayaan projek pada kadar yang berpatutan.

Semua ini memerlukan peralihan sikap dan struktur dalam industri perbankan dan perumahan, yang hanya boleh dicapai jika kerajaan persekutuan ada kemahuan politik.

Sementara itu, Pakatan Rakyat akan menumpukan kepada langkah-langkah di dalam bidang kuasa dan pengaruhnya yang boleh dilaksanakan segera untuk melindungi hak pembeli rumah.

ANWAR IBRAHIM
24 Jun 2011

==

MEASURES TO ENCOURAGE “BUILD AND SELL” CONCEPT BY PAKATAN STATES

Owning a suitable and liveable home is fast becoming a luxury dream
for many Malaysians especially those who work in Klang Valley, Pulau
Pinang and Johor Bahru. House prices rise steadily without a
commensurate increase in the average pay of a common Malaysian
household, making it more difficult for Malaysians to own a decent
home.

Even those who make it to the property ladder face the risk of
unending debt when the property they buy is abandoned before
completion. It is a double jeopardy especially to buyers from the
lower income group as they have to service the mortgage for the
abandoned property and continue renting. Many of these unfortunate
Malaysians eventually have to stop servicing the mortgage and are cut
off from the credit facilities they require to finally own a home.

The latest official statistics from the Ministry of Housing and Local
Authorities show that as at 31 December 2009, there are 115,788
incomplete units involving 492 abandoned housing projects across the
country. In spite of some measures put in place at the federal and
states level, there is no ending to the problem of abandoned housing
projects because the structure of the industry has not changed much.

Pakatan Rakyat believes that while intervention is necessary to
resolve the current problem of existing abandoned housing projects, a
set of proactive measures must be introduced to reduce the risk of
abandoned projects faced by future house buyers especially in the
current climate of rising prices and low wages.

A combination of measures can be introduced including the facility for
fast tracked planning approvals for “build and sell” housing projects.
State subsidiaries can also be compelled to meet a minimum target of
housing projects built under the “build and sell” concept.

This issue shall be brought up at the next Pakatan Rakyat leadership
meeting to find a consensus that the states governed by Pakatan Rakyat
will encourage the adoption of the “build and sell” concept by
developers in phases, with the view that this will be implemented
fully in the near future.

Pakatan Rakyat acknowledges that there are issues that have to be
resolved with the existing proposed “build and sell” concept. There
must be a balance between protecting the house buyers and avoiding a
price increase due to a change in financing methods for housing
projects. A complete implementation of “build and sell” concept in the
future should also ensure the survival and viability of smaller
housing developers to obtain financing for their projects at
reasonable process and cost.

This will require a concerted change in the attitude of the housing
and banking industries; that can only be facilitated by the political
will of the federal government.

In the mean time, Pakatan Rakyat will concentrate on what it can do
within its sphere of influence to proactively put a stop for the
housing woes faced by the rakyat.

ANWAR IBRAHIM
24 June 2011


Link to full article

Không có nhận xét nào:

Đăng nhận xét