Thứ Tư, 22 tháng 6, 2011

Nabil Nafi Risik Pramugari Sebagai Isteri

“Hanya sekadar teman rapat”,  begitulah komen Nabil apabila diminta memberikan respon mengenai gosip kononnya dia telah masuk merisik pramugari yang dikenali sebagai Zira.

Menurut Nabil kepada Mstar, dia sudah mengenali wanita tersebut sejak 5 tahun lalu kerana wanita itu mempunyai hubungan rapat dengan adik iparnya.

Nabil memaklumkan sejak kebelakangan ini dia & wanita itu semakin rapat. Namun, dia menegaskan bahawa dirinya masih belum mempunyai perancangan untuk berkahwin, buat masa ini.

Pada masa yang sama, Nabil tidak menolak andai kata berkahwin, dia sendiri akan memaklumkan kepada pihak media.

Tapi, andai kata Nabil & Zira bercinta sekali pun, apa salahnya kan? Orangnya pun cantik, lawa & bergaya. Sesuailah dengan Nabil yang pernah dinobatkan sebagai bintang paling popular, tak gitu?


Link to full article

Không có nhận xét nào:

Đăng nhận xét