Thứ Năm, 2 tháng 6, 2011

Scha & Awal Bakal Langsungkan Perkahwinan Disember Ini?

Sebelum ini, Scha penah berkata kalau boleh dia ingin berkahwin dengan segera, namun niat tersebut terpaksa ditangguhkan terlebih dahulu ekoran jadual kerja yang padat. Scha menambah lagi, kedua-dua keluarga masih belum berbincang dan mereka berdua masih mencari masa yang sesuai.

Apa pun, ada sumber dalaman yang sudi berkongsi berita gembira ini bersama peminat Scha & Awal.

Dengar cerita, Scha & Awal kini sedang sibuk membuat persiapan untuk majlis perkahwinan mereka yang dipercayai akan berlangsung pada Disember ini. Kami difahamkan, majlis perkahwinan Scha & Awal akan berlangsung di Saloma Bistro & ia turut melibatkan tenaga kerja daripada Butik Kapas.

Buat masa ini, 3 tenaga kerja yang terdiri daripada wedding planner sedang merangkakan persiapan majlis perkahwinan Scha & Awal.

Kami ucapkan tahniah kepada Awal & Scha andai kata benar cerita yang diterima ini. Berita baik, perlu dikongsi bersama kan?


Link to full article

Không có nhận xét nào:

Đăng nhận xét