Chủ Nhật, 5 tháng 6, 2011

(Video Klip) Fiq – Tragis : Bercerita Pasal Kesengaraan Perang

Sekian lama juga kami tak kedengaran cerita Fiq yang pernah popular dengan lagu 3 Malam Tanpa Bintang. Tiba-tiba, kami menerima panggilan daripada Warner Music Malaysia mengenai pelancaran single terbaru Fiq berjudul Tragis. Istimewanya Tragis, ia mempunyai maksud yang mendalam, perlu diuraikan satu persatu untuk pendengar faham dengan isi kandungannya.

Lagu ciptaan Amir dan lirik oleh Krang ini secara keseluruhannya berceritakan luahan rasa simpati terhadap mangsa perang. Gambaran bandar raya yang hancur serta kematian anggota keluarga diketengahkan sebagai interpretasi kepada situasi perang yang realiti.

Enjoice video klip Fiq- Tragis selepas ini. P/s: Fiq ni patut ubah imej, rambut panjang tak kemas sangat.


Link to full article

Không có nhận xét nào:

Đăng nhận xét