Trailer filem 3,2,1 Cinta kini mula dimainkan di pawagam menyaksikan seorang wartawan yang tidak asing lagi dalam dunia hiburan, Zubir memegang watak pembantu dalam filem terbitan Metrowealth ini. Adakah Zubir telah jemu dengan dunia gosip & ingin mencipta nama dalam dunia lakonan mencontohi jejak langkah Usop Wilcha?
Filem 3,2,1 cinta Siti Aishah ataupun Sam (diana Amir) merupakan seorang perempuan yang berpewatakan kasar, tinggal bersama ayah dan adik tirinya selepas kematian ibu bapanya. Selepas beberapa kali bertukar universiti, Sam akhirnya memilih untuk melanjutkan pelajarannya bersama rakan baiknya Ayam (Pierre Andre).
Di sana, Ayam memomokkan Sam dengan artikel tesisnya iaitu ‘perempuan 37:1 lelaki, menyebabkan Sam rasa tak senang duduk dan mula mencari jalan unyuk mencari teman lelaki segera sebelum menjadi andartu. Sam secara tidak sengaja terlihat lelaki idaman remaja, Nazril (Farid Kamil) dan memutuskan utk memikat beliau.
Malangnya Nazril tak berminat langsung dengan Sam dan rakannya, Ayam sendiri tidak menyokong usahanya itu. Namun ianya tidak mematahkan semangat Sam. Adakah Sam, seorang perempuan kasar dapat memikat hati Nazril? Nantikan filem 3, 2, 1 Cinta di pawagam berhampiran anda 16 JUN ini.
Link to full article
Không có nhận xét nào:
Đăng nhận xét