Melalui laman Facebook, Chef Wan meluahkan rasa tidak puas hati terhadap sebuah syarikat jurufoto, PrettyPictures yang telah diamanahkan tugas untuk merakam majlis perkahwinan Serina Redzuan sekitar setahun setengah yang lalu. Menurut Chef Wan, sehingga hari ini syarikat berkenaan masih tidak menghantar set lengkap album foto & video perkahwinan walaupun sudah membayar deposit 50% kepada mereka.
Kata Chef Wan lagi, ketika itu dia banyak menerima penajaan daripada syarikat-syarikat jurufoto yang ingin menawarkan perkhidmatan secara percuma, tetapi dia menolak tawaran baik tersebut. Sebaliknya, Chef Wan bersetuju untuk menggunakan jurufoto syarikat ini dengan kos perkhidmatan bernilai RM10000.
“During the wedding i swarmed by so many prof photographers who offered free services and wanting to sponsor the entire wedding photos but i decline all that offer instead engaged him yg nak sangat jumpa i datang rumah and showed me his work and we agreed on the fees bukan lah sikit pun Rm10,000 and paid him 50 percent down payment and after that he made me hunt for what is my right, do u think this is fair?”, kata Chef Wan di laman Facebooknya.
Menurut Chef Wan lagi, dia bercadang untuk mengambil tindakan mahkamah terhadap syarikat berkenaan kerana kecewa dengan kelewatan terhadap video perkahwinan yang dijanjikan. Juga mengecewakan, syarikat berkenaan hanya berjaya menghantar album perkahwinan, namun kualiti yang diterima amat mendukacitakan.
Chef Wan juga menambah, “sabar pun ada tempatnya and he forget when i loose my patience he is in deed trouble.This guy is stupid that he think he can get away with murder with all his promises and further more its a high profile wedding.Ni lah orang melayu punya photographer kita beri dia peluang to use the wedding to raise his business profile sampai he sent berpuluh juru gambar baru2 ni mcm tikus lari sana on that day.”
OHBULAN! setuju Chef Wan andai apa yang diperkatakan oleh Chef Wan adalah benar 100%. Lagipun, kita sebagai pengguna harus pertahankan hak. Bayangkan, selepas setahun setengah siap dah keluar anak, video perkahwinan pun tak dapat. Apa kes?
Link to full article
Không có nhận xét nào:
Đăng nhận xét