Selepas kejayaan single ‘What You Waiting For’ bersama Colby O’Donis yang mencecah 600 000 download, Mizz Nina terus mengembangkan empayarnya dengan mengeluarkan single terbaru bersama penyanyi antarabangsa Flo Rida berjudul, Take Over.
‘Club Can’t Handle Me’ , lagu popular Flo Rida bersama David Guetta pernah dijadikan soundtrack untuk filem Step Up 3D. Setakat hari ini, lagu ‘Club Can’t Handle Me’ telah menerima 82.8 juta viewers di laman youtube. Berdasarkan indikasi ini, OHBULAN! percaya Mizz Nina mempunyai strategi tertentu untuk kekal relevan sebagai ratu hip hop Asia dalam industri hiburan.
Kami difahamkan, Mizz Nina telah berangkat ke Miami pada 16 Jun lepas untuk proses rakaman video klip Take Over bersama Flo Rida di sana. Video klip tersebut akan menerima suntikan elemen Hollywood demi memenuhi pasaran di sana. Sekali dengar, rentak lagu catchy habis, sesuai untuk kaki cucuk langit.
Apa pun, kami bangga dengan Mizz Nina yang kini boleh diibaratkan sama tinggi dengan artis bertaraf antarabangsa. Harap-harap, video klip Take Over meletup sehingga mencapai jutaan viewers. Jangan macam video klip nan hado Gambit, sudah!
Layankan preview lagu Take Over – Mizz Nina Feat Flo Rida selepas ini.
Link to full article
Không có nhận xét nào:
Đăng nhận xét