Thứ Tư, 22 tháng 6, 2011

“Tak Sengaja Baling Handphone Ke Pengarah” – Nur Fathia

Antara gambar Nur Fathia yang sempat kami tweet, semalam.

“Bukannya sengaja, saya memang tiada niat nak baling handphone kepada Along (pengarah). Ketika itu, handphone tu ter-slip daripada tangan saya sebaik sahaja selesai bercakap dengan seseorang. Saya akui, ketika itu saya memang dilanda stress & migrain, tetapi secara jujurnya saya tak sengaja.

“Saya sudah minta maaf kepada Along dan dia pun faham dengan situasi saya ketika itu,” kata Nur Fathia mengenai desas-desus yang mengatakan bahawa dia mula bersikap kepala besar, diva.

“Lakonan sebagai Amni Sorfina dalam Stanza Cinta memberikan tekanan yang sangat hebat saya. Saya perlu menghayati watak dengan mendalam kerana watak Amni sangat berlainan dengan karakter peribadi. Bukan senang nak bawa watak Amni, kadang-kala dalam sehari, saya perlu melakonkan babak menangis 4-5 kali,” kata pelajar jurusan undang-undang di UITM Shah Alam ini.

“Mengenai watak Amni Sorfina, dia sebenarnya seorang yang alim & boleh dikatakan perempuan melayu terakhir. Tiba-tiba, seorang lelaki bernama Irfan (Aaron Aziz) yang biasa, normal cuba mendekati dirinya. Irfan telah mengubah perangainya yang nakal sejak bertemu dengan Amni. Nak dijadikan cerita, Taufiq (Fizz Fairuz) seorang lelaki yang alim telah datang dalam hidup Amni. Peristiwa ini membuatkan Amni serba salah kerana karakter lelaki seperti Taufiq merupakan idamannya selama ini, ” jelas Nur Fathia mengakhiri temubualnya bersama OHBULAN!


Link to full article

Không có nhận xét nào:

Đăng nhận xét